Rabu, 3 Februari 2010

Tampilkan Bakat Anda



Saya percaya setiap manusia mempunyai bakat terpendam. Bakat yang terpendam perlu digilap,diasak,ditajamkan agar ia berkembang dan dapat memberi manfaat kebaikan kepada pembaca. Tapi di mana dan bagaimana untuk anda menampilkan bakat terpendam anda?


Anda boleh tulis dan terbitkan dalam sebuah buku, akan tetapi kos mengekori anda. Sekiranya anda melibatkan diri dalam blogger.com, anda tidak perlu memikirkan kos terlibat di dalam menghasilkan penulisan blog/buku anda. Ini adalah antara kebaikan dunia internet jika penggunaanya di manfaatkan.


Blogger.com telah memberi ruang kepada para pelayar internet untuk menyampaikan berbagai-bagai maklumat sama ada mengenai isu semasa, tip-tip berguna..,kemahiran yang anda miliki,pengalaman hidup,idea-idea bernas dan bertukar-tukar pendapat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan