
Twitter sudah tidak asing lagi di SEO. Jika ditinjau di Alexa, Twitter menduduki rangking yang ke-12 per 100 000, manakala di Google dalam tangga ke-9 persepuluh. Twitter adalah rangkaian networking sosial percuma yang membolehkan pengguna mengirim dan membaca mesej ringkas yang dikenali sebagai "Tweets". Tweets adalah berasaskan teks posting 140 patah perkataan yang hanya dipaparkan dihalaman profil penulis dan dihantar kepada pengarang pelanggan yang dikenali sebagai pengikut(follow).
Namun kelemahan yang dikesani iaitu anda tidak dapat menulis artikel blog anda hampir kesemuanya. Anda mungkin mempunyai produk yang ingin dijual kepada pengguna internet, akan tetapi twitter tidak membenarkan anda menulis kesemua teks artikel anda semua.
Adakah anda akan membuat keputusan meninggalkan penggunaan twitter? Atau anda menemui jalan buntu tetapi anda tahu kelebihan mempromosikan produk anda di Twitter ?
Baiklah saya akan kongsikan maklumat ini kepada anda mengenai cara untuk memendekkan url website anda di Twitter. Untuk pengetahuan anda ramai para usahawan telah mengetahui rahsia ini yang mana anda/syarikat anda boleh melakukan promosi tanpa batasan. Langkah yang harus anda lakukan ialah, anda pergi melayari laman web http://www.tinyurl.com/.
Masukkan url website anda kemudian anda akan melihat kependekkan url website anda.
Copy kependekkan url tersebut untuk anda gunakan di Twitter. Dengan langkah ini anda dengan mudah mempromosikan produk anda di Twitter.
Atau anda masih kurang pasti bagaimana fungsi kependekkan url tersebut. Baiklah maksud kependekkan url tersebut ialah apabila pembaca klik link yang tertera, pembaca secara automatik akan dibawa ke laman web anda/syarikat anda. Berikut contoh kependekkan url web saya...http://tinyurl.com/ykh3b32
Semoga artikel ini dapat membantu kebuntuan anda selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan