Jumaat, 12 Februari 2010

Cara Mengirim Mesej Di Twitter



Twitter sudah tidak asing lagi di SEO. Jika ditinjau di Alexa, Twitter menduduki rangking yang ke-12 per 100 000, manakala di Google dalam tangga ke-9 persepuluh. Twitter adalah rangkaian networking sosial percuma yang membolehkan pengguna mengirim dan membaca mesej ringkas yang dikenali sebagai "Tweets". Tweets adalah berasaskan teks posting 140 patah perkataan yang hanya dipaparkan dihalaman profil penulis dan dihantar kepada pengarang pelanggan yang dikenali sebagai pengikut(follow).


Namun kelemahan yang dikesani iaitu anda tidak dapat menulis artikel blog anda hampir kesemuanya. Anda mungkin mempunyai produk yang ingin dijual kepada pengguna internet, akan tetapi twitter tidak membenarkan anda menulis kesemua teks artikel anda semua.

Adakah anda akan membuat keputusan meninggalkan penggunaan twitter? Atau anda menemui jalan buntu tetapi anda tahu kelebihan mempromosikan produk anda di Twitter ?


Baiklah saya akan kongsikan maklumat ini kepada anda mengenai cara untuk memendekkan url website anda di Twitter. Untuk pengetahuan anda ramai para usahawan telah mengetahui rahsia ini yang mana anda/syarikat anda boleh melakukan promosi tanpa batasan. Langkah yang harus anda lakukan ialah, anda pergi melayari laman web http://www.tinyurl.com/.

Masukkan url website anda kemudian anda akan melihat kependekkan url website anda.

Copy kependekkan url tersebut untuk anda gunakan di Twitter. Dengan langkah ini anda dengan mudah mempromosikan produk anda di Twitter.


Atau anda masih kurang pasti bagaimana fungsi kependekkan url tersebut. Baiklah maksud kependekkan url tersebut ialah apabila pembaca klik link yang tertera, pembaca secara automatik akan dibawa ke laman web anda/syarikat anda. Berikut contoh kependekkan url web saya...http://tinyurl.com/ykh3b32


Semoga artikel ini dapat membantu kebuntuan anda selama ini.




Jumaat, 5 Februari 2010

Self Hosted



Post terdahulu saya telah menerangkan kepada anda terdapat 5 developer hosted percuma yang anda boleh gunakan dalam aktiviti berblogging secara percuma. Hal ini pasti anda sedia maklum dan kali ini saya akan memberikan kepada anda 6 self hosted.


Apa dia self hosted? Self hosted membenarkan anda memasang sendiri sistem blog yang telah anda pilih dalam aktiviti berblogging ke hosting(server).

Baiklah saya akan berikan self hosted tersebut:
  1. Wordpress.org
  2. b2evolution.net
  3. bblog.com
  4. blosxom.com
  5. textpattern.com
  6. movabletype.com

Untuk maklumat lebih lanjut, anda lawati dahulu laman-laman web tersebut, sebelum membuat pilihan software blogging yang mana yang menjadi pilihan anda. Namun untuk menggunakan software salah satu daripadanya, anda terlebih dahulu mempunyai namedomain.com dan web server. Anda akan menemui kegagalan sekiranya anda mengabaikan name domain dan web server tersebut.

Semoga info ini dapat memberi sedikit sebanyak sumber maklumat kepada anda.

Selamat Maju Jaya.

Rabu, 3 Februari 2010

5 Developer Hosted Percuma



Apakah "Developer Hosted"? Baiklah, developer-hosted adalah software untuk pengurusan sesebuah blog. Yang mana melaluinya anda boleh menggunakan ruang hosting bersama dengan blog secara percuma.

Di Internet terdapat 5 Developer Hosted percuma yang boleh anda sertai di dalam aktiviti blogging.
1- Xanga.com
2- Blogger.com
3- Blog.com
4- Tblog.com
5- Wordpress.com

Setelah anda lawati laman web tersebut, anda hanya sign-up,pengesahan email anda dan mulakan post/artikel pertama anda.Mudah bukan..
Kami telah melakukannya, anda bila lagi...
Semarakkan aktiviti berblogging kearah paradigma blogger dan diri anda.
Wassalam dan jumpa lagi di lain post.

Laman web rasmi:
shahnizam blogs
http://www.sumberujukan.com

Tampilkan Bakat Anda



Saya percaya setiap manusia mempunyai bakat terpendam. Bakat yang terpendam perlu digilap,diasak,ditajamkan agar ia berkembang dan dapat memberi manfaat kebaikan kepada pembaca. Tapi di mana dan bagaimana untuk anda menampilkan bakat terpendam anda?


Anda boleh tulis dan terbitkan dalam sebuah buku, akan tetapi kos mengekori anda. Sekiranya anda melibatkan diri dalam blogger.com, anda tidak perlu memikirkan kos terlibat di dalam menghasilkan penulisan blog/buku anda. Ini adalah antara kebaikan dunia internet jika penggunaanya di manfaatkan.


Blogger.com telah memberi ruang kepada para pelayar internet untuk menyampaikan berbagai-bagai maklumat sama ada mengenai isu semasa, tip-tip berguna..,kemahiran yang anda miliki,pengalaman hidup,idea-idea bernas dan bertukar-tukar pendapat.


Selasa, 2 Februari 2010

Selamat Datang!



Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Selamat datang ke blog kami

di sumberrujukananda.blogspot.com. Kami akan memberikan kepada anda beberapa perkara asas mengenai blog, aktiviti penulisan dan pengurusan blog(blogging).


Sebelum menulis dan menguruskan sebuah blog, anda terlebih dahulu mesti mengetahui apakah istilah-istilah asas blog.


Berikut istilah-istilah asas tersebut:


Blog - merujuk kepada laman web blog tersebut.

Blogging - aktiviti mengemaskini dan menguruskan blog seperti isi kandungan,mengubah templete,memasang plugins dan lain-lain.

Blogger- penulis atau pemilik blog.

Post/Entry - isi kandungan yang dimasukkan di dalam blog.


Untuk melihat dan mengetahui sebagai rujukan anda, sila lawati laman web rasmi kami di www.sumberujukan .com



Kami nantikan kehadiran anda disana!